KUALA LUMPUR, 5 November - Tiada kecederaan insiden tidak diingini dilaporkan berlaku dalam kejadian banjir kilat di tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu Subang Parade di Subang Jaya.
Syarikat pengurusan bangunan Subang Parade di Subang Jaya, Hektar Property Services Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang aktif menangani keadaan itu dan memastikan keselamatan pembeli dan pengunjung bangunan berkenaan.
"Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul akibat banjir dan kami memohon maaf jika ada sebarang gangguan.
"Kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan di Subang Parade kembali kepada seperti sebelum ini," katanya menerusi kenyataan itu.