PONTIAN, 5 Oktober - Kejadian banjir kilat di sini pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pekan Nanas ditutup pada pukul 2.00 petang tadi.
Terdahulu, PPS itu menempatkan seramai 157 penduduk terjejas, terdiri daripada 46 buah keluarga.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua penduduk terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sejurus paras air di lima perkampungan di kawasan itu, kembali surut.
Kawasan terjejas melibatkan Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.
Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa tiada amaran hujan berterusan dikeluarkan setakat ini.