fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Johor Bahru, empat rumah terjejas

JOHOR BAHRU, 2 Ogos- Empat buah rumah di Kampung Baru Mohd Amin, Johor Bahru terjejas akibat banjir selepas hujan lebat sejak 1.30 tengah hari tadi.

Angkatan Pertahanan Awam dalam satu kenyataan berkata, air naik sehingga paras pinggang.


(Anggota APM Johor membantu penduduk rumah yang terjejas banjir di sini)

Satu pasukan dihantar ke lokasi untuk membuat tinjauan.

Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini, selepas perbincangan Penghulu Mukim dengan penduduk.

Jumlah penduduk terjejas sedang dikemaskini.

Banjir kilat juga akibat sistem perparitan tersumbat.

Media Baharu