fb fb fb fb fb

Banjir kilat: DBKL teliti semula SOP - Dr. Zaliha

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani masalah banjir kilat di ibu negara / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani masalah banjir kilat di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata DBKL akan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengambil langkah terbaik mengatasi bencana tersebut.

“Saya juga telah dimaklumkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bahawa DBKL sedang mengenal pasti kawasan 'hotspot' banjir kilat,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai kejadian bencana di ibu kota di Menara 1 DBKL, di sini hari ini.

Mengulas banjir kilat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis lepas, Dr. Zaliha berkata kejadian itu berlaku susulan kadar hujan yang terlalu tinggi menyebabkan kenaikan air begitu pantas.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN