
KULIM, 20 Jun – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sini bagi menempatkan 25 penduduk terjejas susulan banjir kilat yang berlaku pada petang semalam.
- PPS Kampung Sungai Seluang Bawah dibuka pada pukul 11 malam.
- Penduduk dari Kampung Seluang Bawah dan Mukim Seluang dipindahkan selepas Sungai Kilang Lama dan Sungai Kulim melimpah.
- Hujan lebat bermula pukul 3 petang dan berlarutan kira-kira tiga jam, menyebabkan limpahan Lembangan Sungai Kulim.
- Cuaca kini cerah namun penduduk terjejas masih ditempatkan di PPS tersebut.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, PPS Kampung Sungai Seluang Bawah itu dibuka pada pukul 11 malam tadi.
“Kesemua penduduk dari Kampung Seluang Bawah, Mukim Seluang dan mereka dipindahkan selepas air dua sungai iaitu Sungai Kilang Lama dan Sungai Kulim melimpah,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah beliau, hujan lebat yang bermula pukul 3 petang semalam dan berlarutan sehingga tiga jam menyebabkan berlaku limpahan di Lembangan Sungai Kulim.
“Setakat ini, keadaaan cuaca cerah namun penduduk terjejas masih ditempatkan di PPS berkenaan,” jelas beliau.