KOTA BHARU, 25 November - Angka penduduk terjejas bajir di Kelantan yang di pindahkan terus meningkat mencecah 10,000 orang pada tengah malam Isnin.
Setakat pukul 11 malam, Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, mereka terdiri daripada lebih 3,600 keluarga, berlindung di 40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat jajahan.
Tumpat kekal tertinggi dengan jumlah penduduk yang berada di 13 PPS melebihi 5,000 orang, di ikuti Kota Bharu (2877), Bachok (1863) dan Pasir Puteh sebanyak 140 orang.