fb fb fb fb fb

Banjir kedah semakin pulih, hanya PPS SK Langgar masih dibuka

Keadaan banjir di Kedah/ RTM

ALOR SETAR, 7 Oktober - Keadaan banjir di Kedah semakin pulih dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar masih beroperasi.

Setakat pukul 4.00 petang tadi, hanya 140 penduduk masih ditempatkan di PPS berbanding 152 penduduk pagi tadi.
 
Manakala satu lagi PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena telah ditutup secara rasmi pada pukul 11.30 pagi.
  
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan,  
kesemua 12 penduduk dari Kampung Lahar Dalam dan Kampung Gulau menjadi kumpulan terakhir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
 
Sementara itu di Daerah Kota Setar, seramai 140 penduduk masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.
 
Kesemua penduduk dari Kampung Alor Raja, Kampung Makam Diraja, Kampung Limbong, Kampung Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Kampung Pokok Asam, Kampung Tanjung Inggeris, Kampung Alor Besar, Kampung Pagar Air, dan Kampung Pondok Syeikh.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI