fb fb fb fb fb

Harga kenderaan di pasaran dijangka kekal stabil

Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Harga kenderaan di pasaran dijangka kekal stabil buat masa ini susulan kerajaan sedang meneliti semula pelaksanaan peraturan berkaitan cukai eksais..

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, Kementerian Kewangan ketika ini masih mengkaji kesan pelaksanaan kaedah pengiraan nilai kos kenderaan bawah Peraturan PU(A) 402/2019 terhadap struktur harga kenderaan di pasaran.

"Sehingga kini Kementerian Kewangan sedang meneliti kesan terhadap kos kenderaan. Jika peraturan semasa berkaitan kaedah pengiraan nilai kos sesebuah kenderaan dikenakan cukai eksesais iaitu PU(A) 402/2019 dilaksanakan.

"Oleh itu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan harga kenderaan tidak dipengaruhi peraturan ini.

"Secara dasarnya kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan cukai eksesais bagi kenderaan yang dipasang tempatan atau import. Kadar semasa dan kaedah pengenalan cukai eksesais merupakan medium penting mendukung industri automotif tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latif Abdul Rahman berkenaan kemungkinan kenaikan harga kenderaan tempatan susulan pelaksanaan pengiraan cukai eksais baharu pada 2025 serta dasar kerajaan terhadap cukai kenderaan tempatan dan pemasangan tempatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI