fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: Ibu bapa pantau PdPR pelajar terjejas di rumah

Sharing Salleh, memantau sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPR) anaknya di rumah

KUBANG PASU 25 September- Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPR) di rumah melibatkan sekolah yang terjejas banjir di Kedah tetap diteruskan walaupun situasi semakin pulih.

Bagi ibu bapa, pemantauan dilakukan di rumah memastikan pelajar yang terjejas mengikuti sesi berkenaan.

Menurut kakitangan awam Sharing Salleh 41 tahun, beliau memastikan tiga daripada empat anaknya mengikuti sesi PdPR berdasarkan tugasan yang dihantar guru kelas melalui secara dalam talian.

Beliau yang bertugas sebagai pegawai penjara di Penjara Alor Setar berkata sesi PdPR bermula pukul 8.00 pagi bersama guru kelas.

"Saya memantau anak-anak PdPR sekolah di rumah berdasarkan teks yang dihantar oleh guru melalui link. Anak saya bersekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Kepala Batas Darjah 3 Mawar. Setakat hari ini, telah tiga hingga empat hari PdPR," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Naga Emas.

Tiga anaknya iaitu Muhammad Syazwan 12 tahun, Muhammad Syauki, 9 tahun merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas antara sekolah terjejas banjir di Kedah. Manakala, anak bongsunya Nurul Akhifa Safiya 6 tahun, prasekolah di sekolah yang sama.

Dalam pada itu, penduduk terjejas di Kedah berkurangan kepada 3,873 setakat 1.00 tengah hari.

ROSLINA BINTI DIN