fb fb fb fb fb

4,174 kes keselamatan siber dari Januari-Ogos 2024

Foto Hiasan/ BERNAMA

CYBERJAYA, 25 September- Sebanyak 4,174 kes keselamatan siber telah direkodkan dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, menerusi statistik global, serangan perisian tebusan dan pelanggaran data turut menjadi punca utama kerugian kewangan besar dalam negara.

"Jenayah siber diunjurkan meningkat sebanyak 15 peratus sepanjang 2024 berbanding tahun sebelumnya, mencerminkan lonjakan berterusan dan pesat dalam ancaman siber.

"Peningkatan ini memberi kesan kepada perniagaan, kerajaan, dan individu, dengan akibat yang meluas," katanya dalam Majlis Perasmian Minggu Kriptologi Malaysia 2024.

Beliau turut menegaskan bahawa Akta Keselamatan Siber wajib dipatuhi bagi mengukuhkan keselamatan siber negara, terutamanya dalam pengurusan Infrastruktur Maklumat Kritikal Nasional (NCII).

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM