fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Penduduk terjejas meningkat

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 7 Januari - Bilangan penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 503 penduduk daripada 134 keluarga, ditempatkan di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 2.00 petang tadi.

Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kota Tinggi menjadi daerah paling terjejas dengan 399 penduduk daripada 101 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.

"84 penduduk terjejas daripada 28 di Kluang , ditempatkan di dua PPS, manakala 20 penduduk terjejas daripada lima keluarga ditempatkan di satu PPS di Segamat," menurut kenyataan itu.

Tiga PPS baharu dibuka di Johor Bahru, dan sedang menerima pendaftaran penduduk terjejas.

PPS Dewan Kampung Tersusun Seri Delima, Kota Tinggi menjadi PPS menempatkan penduduk terjejas teramai, iaitu 130 orang daripada 35 keluarga.

TETITIA YUSOFF