fb fb fb fb fb

Polis Terengganu buka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan

KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu membuka 54 kertas siasatan tatatertib sepanjang 2023.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata angka itu melibatkan lima kertas siasatan terhadap pegawai kanan, 65 pegawai rendah polis dan dua pegawai awam.

"45 Kertas Enkuiri Tatatertib juga telah dibuka melibatkan sembilan pegawai kanan dan 50 pegawai rendah polis bagi tempoh sama.

"Sementara itu, siasatan kes Op Selendang juga telah selesai dijalankan dan 12 anggota polis telah diambil bekerja semula," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan di IPK Terengganu, di sini.

Dalam perkembangan lain, Mazli berkata IPK Terengganu turut mencatatkan prestasi yang amat baik sepanjang tahun lepas antaranya kadar jenayah indeks telah turun sebanyak 7.24 peratus iaitu kepada 1,370 kes berbanding 1,477 kes pada 2022.

"Ini menunjukan bahawa usaha-usaha kita untuk melakukan pencegahan jenayah dan juga penugasan-penugasan rutin ini telah menyumbang kepada penurunan ini," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN