JOHOR BAHRU, 23 Mac - Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor kekal 6,911 orang, setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia melibatkan 2,068 keluarga yang masih berlindung di 43 pusat pemindahan sementara (PPS).
Johor Bahru kekal daerah paling tinggi terjejas teruk dengan merekodkan 3,435 penduduk, diikuti Kluang 1,620 penduduk.
Manakala, Pontian 1,426 penduduk, Batu Pahat 340 penduduk dan Kota Tinggi 90 penduduk.
Paras air Sungai di Sungai Kahang Kampung Contoh dan Sungai Tiram Kampung Bukit Dagang mencatatkan paras bahaya.