fb fb fb fb fb

Banjir Johor, Batu Pahat paling terjejas

JOHOR, 1 Februari- Seramai 1,381 penduduk terjejas banjir daripada 379 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12.00 tengah malam ini.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS tersebut beroperasi di Batu Pahat, Kota Tinggi, Segamat dan Mersing.

"Batu Pahat kekal mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 921 orang, diikuti Kota Tinggi, 223, Mersing 147 dan Segamat 90," katanya.

PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan di Batu Pahat menempatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 267 orang daripada 79 keluarga.

Selain itu, Jalan Tanah Abang, Mersing dan Jalan Sungai Tiram - Ulu Tebrau, masih ditutup kepada semua kenderaan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu