(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 8 Mac- Situasi banjir di Johor, Melaka dan Pahang semakin pulih.
Kesemua negeri berkenaan akan memasuki fasa pasca banjir dalam masa terdekat.
Berikutan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengalu-alukan kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan negeri lain yang tidak terlibat dengan banjir bagi memastikan kerja pasca banjir berjalan lancar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Shahril Idrus memberitahu NADMA serta kerajaan negeri kini telah mula memberi perhatian kepada program pasca banjir.
Hal ini termasuk membaik pulih infrastruktur yang rosak serta pengurusan sisa pepejal.
"Walaupun situasi banjir dilaporkan semakin baik, peningkatan jumlah penduduk terkesan, yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah disebabkan aliran air dari hulu ke hilir," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)