fb fb fb fb fb

Banjir di Sabah semakin pulih, hanya dua PPS aktif

Foto fail/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 September - Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah berkurangan kepada 130 orang daripada 31 keluarga petang ini, berbanding 439 orang daripada 128 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah menerusi kenyataan memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih yang beroperasi melibatkan daerah Penampang dan Papar.

Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Papar menunjukkan trend penurunan dengan merekodkan hanya tujuh orang, manakala penduduk terjejas di Penampang kekal 123 orang. Selain itu, keadaan banjir di Membakut pulih selepas dua PPS ditutup petang ini.

Sementara itu, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara merekodkan penduduk terjejas banjir yang berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi, Miri kekal 16 orang daripada lima keluarga pada petang ini.

ROSLINA BINTI DIN