fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 9.00 malam ini

Foto hiasan

PETALING JAYA, 21 September- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga 9.00 malam ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu dijangka di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Di negeri Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Selangor pula, kawasan yang terlibat Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Kuala Lumpur.

Sementara itu, cuaca sama turut di jangka di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol), manakala di Johor melibatkan Segamat, Kluang dan Mersing.

Selain itu, di Sarawak iaitu Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya) serta Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MET Malaysia

ROSLINA BINTI DIN