KOTA KINABALU, 13 September- Seramai 378 penduduk daripada 117 keluarga masih terjejas akibat banjir di dua daerah di Sabah, setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 154 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon, Beaufort.
Sementara itu, di Penampang, seramai 224 mangsa melibatkan 64 keluarga berlindung di tiga PPS yang dibuka sejak semalam.
Secara keseluruhan, sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort.
Keadaan cuaca dan paras air di kawasan terlibat masih dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa.