fb fb fb fb fb

Banjir di Raub, tiga PPS dibuka


RAUB, 15 Februari- Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah Raub, Pahang

Ia bagi menempatkan 42 orang penduduk terjejas daripada 13 keluarga.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Pahang Zon 3 Raub, Shahrulnizam Nasir berkata, kejadian berlaku susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Menurutnya, operasi menyelamat mula dilakukan seawal pukul 1.40 pagi melibatkan Kampung Kuala Semantan, Kampung Batu Malim dan Kampung Ulu Sungai.

"Tiga PPS dibuka ialah PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, Masjid Jamek Kuala Semantan dan Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim. PPS Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan 17 orang, PPS Kegiatan Wanita Batu Malim ,lapan orang dan PPS kg Ulu Sungai pula,17 orang," katanya.

Tambah Shahrulnizam, paras air Sungai Lipis mencatatkan bacaan 115.40 meter, melepasi paras bahaya iaitu 114.80 meter.

Limpahan akan berlaku di bahagian hilir Sungai Lipis berikutan hujan masih berterusan.

 

Media Baharu