fb fb fb fb fb

Banjir di Perlis makin pulih

Foto RTM

KANGAR, 1 Disember-Situasi banjir yang melanda Perlis sejak Rabu lalu kini semakin pulih sepenuhnya.

Sehingga pukul 9.00 malam ini, jumlah penduduk yang terjejas banjir terus berkurangan kepada hanya 69 orang daripada 16 keluarga.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemaskini terkini memaklumkan, hanya sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan Arau.

Manakala PPS Dewan Warisan telah ditutup secara rasmi kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Keadaan cuaca yang cerah sepanjang dua hari ini membolehkan lebih ramai penduduk terjejas banjir pulang ke kediaman masing-masing.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD