fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: satu PPS dibuka di Kuala Krai

KUALA KRAI, 25 Februari- Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa buah kampung sekitar jajahan Kuala Krai mula dinaiki air.

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) turut di buka di jajahan itu iaitu di Masjid Lama Keroh yang menempatkan lapan keluarga.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS berkenaan menempatkan 24 penduduk terjejas iaitu sembilan lelaki dewasa, 10 wanita dewasa, tiga kanak-kanak serta dua bayi.

Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan sehingga jam 7 malam tadi, bacaan paras air di empat stesen sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya.

Sungai terlibat adalah di Sungai Jenob di Tanah Merah, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli.

Manakala bacaan paras air di lain-lain sungai berada pada paras waspada dan amaran serta menunjukkan trend menaik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengatur gerak bagi membantu memindahkan penduduk terjejas terlibat.

Pemantauan dan perhatian turut diberikan kepada keadaan semasa di beberapa jajahan lain termasuk Kota Bharu, Jeli dan Tanah Merah.

Media Baharu