fb fb fb fb fb

Banjir di Kedah tidak banyak berubah

Situasi banjir di negeri Kedah tidak banyak berubah berbanding semalam/ RTM

ALOR SETAR, 7 Oktober - Perkembangan banjir di negeri Kedah menunjukkan situasi tidak banyak berubah berbanding semalam.

Setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 152 penduduk daripada 44 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar dan Pokok Sena.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan seramai 140 penduduk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Langgar di Kota Setar.
 
Kesemua penduduk dari Kampung Alor Raja, Kampung Makam Diraja, Kampung Limbong, Kampung Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Kampung Pokok Asam, Kampung Tanjung Inggeris, Kampung Alor Besar, Kampung Pagar Air, dan Kampung Pondok Syeikh.
 
Sementara itu di Pokok Sena, seramai 12 penduduk ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna dan kesemua penduduk dari Kampung Lahar Dalam dan Kampung Gulau.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN