ALOR SETAR, 7 Oktober - Keadaan banjir di negeri Kedah semakin pulih apabila hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar masih beroperasi, manakala sebuah lagi PPS di Pokok Sena telah ditutup pagi tadi.
Setakat pukul 12 tengah hari tadi, 140 penduduk masih ditempatkan di PPS berbanding 152 penduduk pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan, PPS Dewan Serbaguna di Pokok Sena telah ditutup secara rasmi pada pukul 11.30 pagi.
Seramai 12 penduduk dari Kampung Lahar Dalam dan Kampung Gulau dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu di daerah Kota Setar, seramai 140 penduduk masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Langgar.
Kesemua penduduk dari Kampung Alor Raja, Kampung Makam Diraja, Kampung Limbong, Kampung Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Kampung Pokok Asam, Kampung Tanjung Inggeris, Kampung Alor Besar, Kampung Pagar Air, dan Kampung Pondok Syeikh.