GELANG PATAH, 12 Jun - Kira-kira 13 penduduk Kampung Baru Muafakat, di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Gelang Patah selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat.
Mereka dipindahkan pukul 12.12 tengah hari tadi apabila air naik hampir satu meter, susulan hujan lebat.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairi Zainddin berkata, penduduk terjejas banjir terdiri daripada sembilan wanita, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dan tiga bayi.
Pemantauan dipergiat bagi memastikan tiada insiden lain.
(Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang menyelamatkan
dan memindahkan penduduk terjejas banjir)
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan setakat ini.