fb fb fb fb fb

MRANTI Park, pelengkap kemudahan inovasi 5G

BUKIT JALIL, 12 Jun- Pusat Pengalaman 5G MRANTI (MRANTI Park) yang dilancarkan di Taman MRANTI, di sini, diyakini dapat melengkapkan bilangan kemudahan inovasi 5G yang semakin meningkat di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata MRANTI Park menawarkan infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap untuk menyokong pengkomersilan teknologi 5G baharu; merentasi kitaran hayat pembangunan inovasi.

Ini termasuk akses kepada peralatan canggih, kemudahan dan sumber pengkomputeran berkelajuan tinggi, serta akses kepada sokongan daripada pakar industri.

"Taman berkeluasan 686 ekar 5G MRANTI merupakan lokasi hab dengan inovasi yang ideal, dengan beberapa makmal, yang kesemuanya dalam litar pusat bandar.

"Menerusi kerjasama dan di Pusat Pengalaman 5G MRANTI ini; universiti, penyelidik dan pakar industri kini mempunyai platform untuk membincangkan perkara dalam penyelidikan gunaan 5G.

"Dengan membenarkan pembelajaran melalui projek dan tugasan ini, kami memperdalam kemahiran dan pengalaman pelajar dan pengamal kami," katanya pada majlis pelancaran di sini, hari ini.

(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang)

MRANTI dijangka dapat menjadi nukleus untuk pembangunan dan penggunaan aplikasi kemasyarakatan serta sektoral transformatif yang meluas, menggunakan teknologi generasi masa depan.

Media Baharu