BEAUFORT, 24 September- Seramai 228 penduduk terjejas banjir di Beaufort masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ia membabitkan 72 keluarga.
"Mereka merupakan penduduk dari Kampung Suasa, Bangkalalak, Berumbai, Bakalau dan Kampung Lago," kata sekretariat itu menerusi kenyataan.
Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di PPS Selagon mendapati penduduk terjejas terus diberi bantuan termasuk bekalan air bersih dan makanan.
Pelbagai agensi turut membantu mereka terjejas termasuk pejabat daerah beaufort, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Keadaan cuaca setakat pukul 12.00 tengah hari tadi berada dalam keadaan cerah.
(Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di PPS Selangon mendapati penduduk
terjejas terus diberi bantuan termasuk bekalan air bersih dan makanan.)