fb fb fb fb fb

Banjir Baling: Jenazah mangsa banjir selamat dikebumikan

BALING, 6 Julai - Jenazah ketiga -tiga mangsa kejadian banjir di Kg Iboi, Kupang, Baling, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Charuk Bemban Dalam, pada pukul 5.30 pagi tadi.

Jenazah allahyarham Salmah Mat Akib, 53 tahun, Nurul Anis Abu Hassan, 28 dan Khairul Ikhwan Nor Azman 14 tahun yang siap dikafankan disembayangkan di Surau Al-Istiqamah sebelum dibawa ketanah perkuburan.

Jenazah janin itu didukung bapanya Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, sebelum dibawa masuk ke dalam surau untuk disolatkan.


(Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman mendukung jenazah janin untuk dikebumikan di sini/Foto Bernama)

Kesemua mangsa bersama janin yang dikandungkan allahyarhamah Nurul Anis disolatkan di surau yang sama.

Kesemua jenazah sekeluarga termasuk janin disemadikan dalam satu liang lahad.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 orang yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.

Dalam kejadian ahad lalu, ketiga tiga mangsa berda di dalam rumah yang kemudian dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir berkenaan.

 

Media Baharu