fb fb fb fb fb

Banjir Baling: Dua PPS masih beroperasi

(Dua buah PPS banjir di mukim Kupang dan mukim Baling, Kedah masih lagi beroperasi) 

BALING, 8 September - Dua buah Pusat Permindahan Sementara (PPS) banjir yang menempatkan penduduk yang terjejas banjir di mukim Kupang dan mukim Baling, Kedah masih lagi beroperasi sehingga pukul 11 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Faizol Ab Aziz berkata secara keseluruhan terdapat 36 keluarga daripada 128 penduduk yang terjejas banjir ditempatkan di dua PPS berkenaan.

PPS Dewan Orang Ramai Kg Padang Empang menempatkan seramai 30 keluarga melibatkan 94 penduduk yang terjejas.


(Dua buah PPS banjir di mukim Kupang dan mukim Baling, Kedah masih lagi beroperasi) 

Manakala, PPS Masjid Al Huda Kg Hangus menempatkan 6 keluarga membabitkan 34 penduduk yang terjejas.

Katanya, semua data masuk dan keluar penduduk yang terjejas banjir ke PPS akan direkodkan oleh pegawai Jabatan kebajikan Masyarakat JKM daerah itu.

Sementara itu, kerja-kerja pembaikan jambatan Bailey yang rosak teruk akibat banjir akan disambung pada hari ini.

Media Baharu