PURTAJAYA, 15 Ogos - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan gejala membuli tidak akan dibiarkan berlarutan.
Ke arah itu kerajaan akan menyelaraskan usaha dan tindakan bagi memastikan semua pihak memahami bahawa gejala buli merupakan jenayah.
Ia termasuk menyelaras pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan.
''Kita tidak akan membenarkan sikap buli seperti ini berlarutan, jadi antara perkara yang diusahakan dalam kalangan menteri-menteri adalah penyelarasan.
''Memandangkan Pindaan kepada Seksyen 507 C D dan seterusnya telah mula berkuat kuasa pada bulan Julai, kita ingin pastikan pelaksanaan pindaan yang telah mentakrifkan mendefinasikan buli itu sebagai satu jenayah difahami oleh semua kementerian, terutama yang menguruskan institusi pendidikan, termasuk asrama
Datuk Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau turut memaklumkan, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.