ALOR GAJAH, 14 Ogos- Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Melaka bagi menempatkan penduduk susulan terjejas dengan baniir yang melanda dari Ahad lepas.
Setakat tengah hari ini, PPS yang masih dibuka adalah PPS Ayer Limau dan PPS Balairaya Seri Jeram di daerah sini.
Bagaimanapun PPS Balairaya Seri Jeram sahaja menempatkan penduduk membabitkan 11 orang daripada empat keluarga, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Kesemua mereka dijangka akan dibenarkan pulang ke rumah masih-masing hari ini. Ia berikutan cuaca cerah dan air yang mula surut di beberapa kawasan.