fb fb fb fb fb

Banjir: 564 penduduk terjejas di tiga negeri

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir merekodkan seramai 564 orang membabitkan 158 keluarga di Perak, Selangor dan Perlis sehingga pukul 8.00 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah itu melibatkan lima daerah di tiga negeri berkenaan.

"Selangor merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi dengan 295 penduduk diikuti Perak (265) dan Perlis (4)," katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, lima PPS dibuka di Selangor melibatkan daerah Kuala Langat iaitu PPS Dewan Orang Ramai Bukit Changgang membabitkan 29 penduduk, manakala daerah Sepang melibatkan PPS Dewan Komuniti Dato Ahmad Razali (77), PPS Dewan Orang Ramai Dengkil (38), PPS Dewan Taman Gemilang (58) dan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dengkil (93).

Tambah NADMA, dua PPS dibuka di Perak melibatkan daerah Hilir Perak dan Manjung, masing-masing di PPS Dewan Serbaguna Kg Padang Tembak (83) dan PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai (182).

Dalam pada itu, satu PPS dibuka di Perlis iaitu PPS Surau Tok Pulau menempatkan empat penduduk terjejas dari daerah Arau.

(Foto hiasan)

Media Baharu