IPOH, 1 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 126 orang daripada 35 keluarga setakat pukul 6.00 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka melibatkan dua daerah.
Di daerah Kinta, 45 penduduk daripada 15 keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta.
38 penduduk daripada sembilan keluarga pula berlindung di PPS Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah.
Manakala di Taiping, PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor menempatkan 43 penduduk daripada 11 keluarga.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air di Sungai Rui, Sungai Kinta dan Sungai Kampar berada pada tahap amaran manakala Sungai Chemor berada pada tahap berjaga-jaga.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di semua daerah di negeri ini malam nanti.