fb fb fb fb fb

Banjir: 109 penduduk terjejas di Perlis

Foto APM

PADANG BESAR, 27 November- Penduduk terjejas banjir di Perlis meningkat kepada 149 orang sehingga 8.30 malam ini, berbanding 50 orang yang direkodkan pukul 6.00 petang tadi.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud, kesemua penduduk yang terjejas ditempatkan dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.

PPS SK Titi Tinggi mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 106 orang daripada 33 keluarga dari Kampung Titi Tinggi.

Manakala, PPS SK Guar Nangka menempat seramai 43 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 10 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sentiasa bersiap siaga bagi memindahkan penduduk terjejas ke PPS yang diaktifkan dengan pelbagai aset milik APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

ROSLINA BINTI DIN