fb fb fb fb fb

KPT komited promosi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa

Zambry Abd Kadir / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 27 November- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran.

Faktor utama yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa termasuk taraf kualiti pendidikan yang tinggi, kos pengajian dan sara hidup yang berpatutan, serta peluang untuk merasai pengalaman budaya yang pelbagai serta unik.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kehadiran pelajar antarabangsa di Malaysia membuka peluang pertukaran maklumat dan memperluas pengalaman pendidikan negara.

"Kita mempunyai kira-kira 167,000 pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia.

"Mereka mewakili lebih 100 negara, dan polisi kita bukan sahaja untuk menarik pelajar datang ke sini, tetapi juga membawa pendidikan Malaysia ke serata dunia," katanya pada majlis Meet and Greet with International Students in Malaysia di sini.

Tambahnya, institusi pengajian tinggi disaran menjadi platform pertukaran idea dan budaya, selain mempromosikan keunikan Malaysia yang berlandaskan pelbagai etnik serta budaya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM