fb fb fb fb fb

Banjir: 1 lagi PPS dibuka di Kuala Nerus

PPS Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dibuka 6.00 petang tadi

KUALA NERUS, 20 November- Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Daerah Kuala Nerus menjadikan jumlah keseluruhan tujuh PPS di daerah tersebut.

PPS Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dibuka 6.00 petang tadi berikutan Dewan Serbaguna Tok Jembal telah penuh.

Tinjauan RTM mendapati proses pendaftaran sedang dijalankan.

Seorang penduduk Taman Murni Permai, Helmi Saifudin Mat Ani 38 tahun serta isteri Rokiah Salleh 34 tahun merupakan antara penduduk yang dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir bermula 3.30 pagi tadi.

Helmi berkata lokasi rumah mereka sudah saban tahun dilanda banjir.

Masalah perparitan faktor utama berlakunya banjir selain faktor semulajadi seperti air pasang besar.

Artikel Berkaitan:
Banjir : 3 PPS dibuka di daerah Kuala Nerus

 

ROSLINA BINTI DIN