fb fb fb fb fb

Ops Statik: 934 kompaun dikeluarkan JAS, kesalahan melepaskan bahan pencemar

Ops Statik di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah

ALOR SETAR, 20 November- Sebanyak 934 kompaun dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar JAS hasil pemeriksaan terhadap 31,536 kenderaan dalam Ops Statik seluruh negara atas kesalahan melepaskan bahan pencemar setakat suku ketiga tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata dalam tempoh tersebut sebanyak 4,438 operasi penguatkuasan dilaksanakan. Operasi tersebut akan diteruskan dengan tumpuan di kawasan bandar dan lebuh raya.

Selain itu, pemilik motosikal juga diingatkan untuk tidak mengubahsuai spesifikasi kenderaan tersebut sehingga menyebabkan pencemaran bunyi bising.

"Sehingga kini suku tahun 2023, operasi kereta berenjin diesel kita telah periksa 26,087 kenderaan, 271 kompaun telah dikeluarkan, manakala kenderaan berenjin petrol kita telah periksa 478 kenderaan, sebanyak 28 kompaun dikeluarkan", katanya dalam sidang media selepas menyertai Ops Statik Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor (Ops Statik) di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah.

Sementara itu, sehingga 15 November lalu, sebanyak 39 Ops Statik diadakan melibatkan pemeriksaan 681 kenderaan dan sejumlah 923 kompaun telah dikeluarkan di Kedah.

Terdahulu, dalam operasi hari ini sebanyak 59 buah kenderaan diesel telah diperiksa, tiga pemilik kenderaan dikenakan tindakan kompaun dan diarah menjalankan ujian semula ke atas kenderaan masing-masing selepas diambil tindakan pembetulan.

ROSLINA BINTI DIN