fb fb fb fb fb

Bakal pengantin disaman, JPJ kesan lima kesalahan

(Adenan Md Isa  pada Ops Khas Kenderaan Perdagangan Bersepadu)

SUNGAI DUA, 6 Oktober- Seorang pemandu yang bakal berkahwin dua hari lagi disaman dengan lima kesalahan dalam Ops Khas Kenderaan Perdagangan Bersepadu malam tadi.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata tindakan tegas dan tiada sebarang kompromi terhadap kenderaan barangan yang tidak mematuhi peraturan terutamnya membawa muatan melebihi had dibenarkan.

"Tadi ada satu lori yang disyaki membawa lebih muatan, bila ditanya pada pemandu, dia mengaku akan mendirikan rumah tangga dua hari lagi dan kami mengesan pemandu tersebut melakukan lima kesalahan.

"Pertama, membawa lebih muatan. Yang kedua, kesalahan teknikal. Yang seterusnya ialah tidak mempunyai lesen GDL. Jadi kita akan ambil tindakan ke atas pemandu tersebut walaupun beliau mungkin kerja terakhir sebelum bercuti. Jadi, kita tidak berkompromi dalam apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh pemandu,"katanya.

Jelas Adenan, antara kesalahan yang dikesan pada operasi berkenaan membawa lebihan muatan, tidak mempunyai Lesen Kenderaan Barangan (GDL) serta beberapa kesalahan teknikal lain.

Katanya sepanjang tempoh lima hari operasi bersepadu itu sebanyak 1,457 notis saman ke atas kenderaan perdagangan dalam Ops Bersepadu Khas Kenderaan Perdagangan Pulau Pinang yang bermula 1 Ogos hingga 12 tengah malam tadi.

Operasi berkenaan disertai seramai 96 anggota terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Alam Sekitar.


(Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa)

Media Baharu