KUALA LUMPUR, 6 Oktober-Sebanyak 19 pos kawalan sempadan baharu akan dibina di Sabah dan Sarawak menjelang tahun 2025, melibatkan peruntukan RM69 juta
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, memaklumkan empat daripadanya dijangka siap tahun ini manakala tujuh lagi pada tahun hadapan.
Secara keseluruhan, penambahan 19 pos baharu ini akan melengkapkan 42 pos kawalan beroperasi.
"Jadi ini antara aspek yang penting bagi kita, sebab itu pengawalan sempadan kita itu aspek yang pertama.
"Kedua adalah tentang ketirisan hasil negara, penyeludupan dan sebagainya. Sebab kita tahu peranan Kementerian Pertahanan ini, bila kita menjaga semua kepentingan-kepentingan kita ini, kita sebenarnya menjaga kedaulatan negara kita", katanya yang ditemui selepas menjadi tetamu pada rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
(Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari/FOTO RTM)