fb fb fb fb fb

Bajet 2023 peruntukkan hampir RM11 bilion bagi pembangunan luar bandar

(Datuk Seri Ismail berucap pada majlis Perasmian Mini UsahawanDesa Keluarga Malaysia)

BERA, 13 November- Lebih RM10.93 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi memastikan pembangunan luar bandar seiring dengan dasar yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2023 yang merupakan 4% lebih tinggi berbanding peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun sebelumnya disasar memanfaatkan 8.1 juta penduduk luar bandar.

"Tidak dapat dinafikan kita telah mencapai kejayaan dalam konteks pembangunan infrastruktur di luar bandar yang kini mempunyai bekalan elektrik dan air serta mempunyai rangkaian jalan raya yang sempurna.

"Kita juga telah melahirkan anak-anak luar bandar yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan membelanjakan berbilion ringgit saban tahun bagi membangunkan kawasan dan masyarakat luar bandar di seluruh negara," kata Ismail Sabri berucap pada majlis Perasmian Mini UsahawanDesa Keluarga Malaysia di sini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.55 bilion bagi menambah baik kemudahan infrastruktur luar bandar.

Peruntukan bagi membina baharu dan baik pulih rumah pula ditingkatkan daripada RM361 juta kepada RM460 juta.

Manakala RM472 juta diperuntukkan bagi projek bekalan elektrik luar bandar sementara RM381 juta diperuntukkan bagi projek bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif.

Bajet 2023 juga memperuntukkan RM123 juta bagi projek lampu jalan kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan.

(Bajet 2023 peruntukkan hampir RM11 bilion bagi pembangunan luar bandar)

Media Baharu