fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Peningkatan peruntukan bagi usaha memartabatkan syiar Islam

PUTRAJAYA, 8 Oktober- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyambut baik peningkatan jumlah peruntukan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Bajet 2023.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, peruntukan RM1.5 bilion itu membuktikan kesungguhan kerajaan mengutamakan agenda memartabatkan syiar Islam.

JAKIM akan bertindak cekap dan amanah bagi memanfaatkan peruntukan tersebut mengikut kepentingan yang disenaraikan.

"Alhamdulillah bahagian kita dapat RM1.5 billion untuk belanjawan hal ehwal Islam, melibatkan RM150 juta bagi tahfiz pondok dan sekolah agama rakyat, satu peningkatan. Bayaran KAFA sekali beri libatkan R36 juta, pembangunan industri halal, satu perkara baik. Malaysia yang terkenal ialah dari segi industri halal," kata Idris dalam program Qiamullail Perdana Agensi Islam siri ketiga di sini.

(Datuk Idris ditemui dalam program Qiamullail Perdana Agensi Islam siri ketiga)

Peruntukan tertinggi berjumlah RM150 juta difokuskan untuk menyelenggara fasiliti pendidikan bawah seliaan JAKIM, antaranya sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institut pondok berdaftar.

Turut diperkenalkan ialah program wakaf halal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) OKU melibatkan peruntukan RM2.5 juta.

Media Baharu