fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Inisiatif sektor pengangkutan seiring keperluan semasa

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Bajet 2023 akan meneruskan kesinambungan inisiatif keperihatinan kerajaan memacu sektor pengangkutan untuk kembali bangkit.

Inisiatif-inisiatif yang dibentangkan seiring dengan keperluan sosioekonomi semasa dan dapat memastikan ketahanan ekonomi negara terus diperkukuh pada saat ketidaktentuan ekonomi global.

Menurut kenyataan Kementerian Pengakutan, kerajaan juga akan meneruskan Program Pas Perjalanan Bas dan Rel Tanpa Had My50 yang memberi manfaat kepada hampir 180,000 pengguna.

Subsidi RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara luar bandar yang diperuntuk adalah selaras dengan komitmen kerajaan sejak 2007 menerusi syarikat penerbangan MASWings.

Perkhidmatan itu akan dimanfaatkan penduduk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Selain itu, pemberian 50% diskaun tambang pengangkutan awam kendalian Prasarana kepada 21,000 pemegang kad veteran ATM dan kad pesara polis menerusi inisiatif MyWira merupakan tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan tidak ternilai anggota keselamatan.

(Foto fail)

Media Baharu