fb fb fb fb fb

6,000 peserta diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0

(Program My #QuranTime sampai ke kemuncaknya apabila 6,000 peserta diraikan pada Majlis
Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0)

PUTRAJAYA, 8 Oktober - Selepas bersiaran sebanyak 838 episod, program My #QuranTime sampai ke kemuncaknya apabila 6,000 peserta diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0.

Program julung kali dilaksanakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini itu mengangkat tema Kerinduan dan Kenangan Terindah bersama Al Quran menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah.

Program berkenaan kesinambungan Malaysia Quran Time yang mula diperkenal pada 20 Mac 2020 dengan tujuan memberi pengisian rohani kepada rakyat Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


 (Program My #QuranTime sampai ke kemuncaknya apabila 6,000 peserta diraikan pada Majlis
Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0)

Menurut Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub, My #QuranTime 1.0 mempunyai 15 juta pengikut yang membentuk Keystone Habit ummah iaitu Quran, Solat dan Infak (QSI).

WUIF kini sedang merancang program My #Quran Time 2.0 yang memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung semasa sesi tadabbur dan belajar tajwid.

My #QuranTime 2.0 menekankan kefahaman dan elemen hafalan Al-Quran supaya setiap peserta dapat membaca dan menghafal surah dengan betul.

Media Baharu