fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Kadar cukai PMKS dikurangkan dua peratus

KUALA LUMPUR, 7 OktoberBajet 2023 turut responsif dalam menyokong aktiviti perniagaan khususnya melibatkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Kerajaan akan giat membantu syarikat PMKS melalui pemberian insentif dan kemudahan pembiayaan yang pelbagai.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan PMKS dijangka menyumbang 45 peratus kepada KDNK dan 25 peratus kepada jumlah eksport negara menjelang tahun 2025.

Menurutnya, sebagai komitmen Kerajaan untuk menyokong dan memperkasa PMKS, sukacita diumumkan, mulai tahun taksiran 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.


(Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz)

Pengurangan ini dijangka memberi penjimatan sehingga RM2,000 kepada 150,000 pembayar cukai PMKS.

"Selain itu, sebagai usaha membantu khususnya penjaja kecil berniaga, sukacita juga diumumkan, Kerajaan akan memberikan geran one-off sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar," katanya.

Dijangkakan sebanyak satu juta perniagaan akan menerima manfaat daripada pemberian ini dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion.

Media Baharu