fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Sektor kreatif terima RM177 juta

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM177 juta bagi memacu industri kreatif tempatan melalui Bajet 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata antara insiatif itu antaranya Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN), Dana Kandungan Digital dan Program Merakyatkan Seni, Budaya dan Warisan.

Tengku Zafrul berkata, penerbitan filem berunsur patriotik sentiasa menambah hati rakyat.

"Bermula dengan karya seni Sarjan Hassan dan Leftenan Adan yang digarap hebat hinggalah ke filem Ola Bola dan Mat Kilau, semuanya memberi impak dalam mencambahkan benih cinta rakyat kepada negara.

"Maka kerajaan akan menyediakan sebanyak RM50 juta dana DEKAN, RM102 juta bagi Dana Kandungan Digital serta RM25 juta untuk mempergiatkan Program Merakyatkan Seni, Budaya dan Warisan di peringkat akar umbi," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya dana DEKAN berjumlah RM50 juta pastinya mendorong lebih ramai pengkarya untuk menerbitkan filem seperti Mat Kilau yang telah merekodkan kutipan tertinggi dalam sejarah.

Manakala dana berjumlah RM102 juta untuk Kandungan Digital pula bagi memasarkan produk penggiat seni dan menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar.

Katanya, bagi menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai.

"Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran," katanya.

Pada Belanjawan 2022, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM188 juta meliputi Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem, program Perkasa Modal Insan.


Media Baharu