fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Industri belia dan sukan harus diberi perhatian - KBS

BUKIT JALIL, 30 September- Industri belia dan sukan diharap terus diberi perhatian menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata pemerkasaan belia seharusnya menjadi tumpuan untuk belanjawan kali ini.

Tambah Datuk Seri Lian Ker, kerajaan seharusnya memberi perhatian kepada golongan belia yang berjumlah 14.972 juta ketika ini untuk bersama-sama dalam pembangunan negara.

"Saya sangat-sangat mengharapkan bahawa KBS akan diberi belanjawan yang lebih baik kerana mungkin dari segi masa COVID-19, kita perlu memberi penekanan kepada kesihatan dan sebagainya," kata Lian Ker kepada pemberita RTM pada Majlis Sesi Teh Tarik Santai bersama editor media di Institusi Sukan Negara (ISN).


(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker ditemuiĀ pada Majlis Sesi Teh Tarik Santai
bersama editor media di Institusi Sukan Negara (ISN))

Sementara itu, KBS menyasarkan 4.5 juta penyertaan pada Hari Sukan Negara (HSN) 2022 yang akan berlangsung pada 8 Oktober ini.

Sambutan akan berlangsung serentak di seluruh negara dan dilaksanakan selama tiga hari bermula 7 Oktober.

Sambutan HSN2022 peringkat kebangsaan akan berlangsung di Dataran Kehakiman Putrajaya.

"Ini adalah satu pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam membangunkan sukan terutamanya di peringkat akar umbi. Sukan untuk semua rakyat Malaysia," tambahnya.

Antara acara ikonik program HSN2022 adalah acara larian, neon ride, aerobik dan banyak lagi.

Media Baharu