fb fb fb fb fb

Tular lelaki diculik disyaki kes hutang - Polis

SELANGOR, 30 September- Usaha mengesan suspek yang melarikan seorang ahli perniagaan yang ditarik ke dalam sebuah kenderaan Toyota Vellfire warna putih sedang dijalankan oleh pihak Polis. Dipercayai punca kejadian akibat masalah hutang dengan pihak majikan.

Menurut Ketua Polis daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran, Jalan Pandan Indah 1/23d, Ampang dan tular di laman sosial.


(Mangsa dipaksa masuk ke dalam Toyota Vellfire oleh beberapa lelaki. - Foto ihsan orang ramai)

"Pada tarikh 29 September 2022 jam lebih kurang 5:03 petang, bilik kawalan IPD kami telah menerima panggilan MERS999 satu kejadian melarikan orang dan dibawa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Vellfire warna putih.

"Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan, merupakan ahli perniagaan berumur 38 tahun. Mangsa sedang makan seorang diri dalam sebuah restoran sebelum didatangi beberapa lelaki menariknya masuk ke dalam Vellfire berkenaan.

Katanya, mangsa menjerit meminta tolong dan cuba melepaskan diri namun tidak berjaya.

Menurut Farouk, pada hari tersebut juga, pada pukul 10.45 malam, mangsa telah hadir ke IPD Ampang Jaya. Dipercayai mangsa telah dilepaskan di Klang selepas kejadian.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.


Siasatan dijalankan mengikut seksyen 365 kanun, barang siapa menculik atau melarikan mana mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.

Sehubungan itu, Farouk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk awam yang cuba membantu dalam kejadian berkenaan.

Beliau juga menasihati orang awam supaya tidak terlibat dengan hutang tanpa lesen yang sah.

Media Baharu