fb fb fb fb fb

715 kotak mercun bernilai RM400,000 berjaya dirampas - Polis

PERAK, 30 September- 715 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di kawasan Tanjung Rambutan, kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam operasi khas berkenaan pihaknya turut menahan dua lelaki kerana menyimpan barangan tersebut tanpa permit.


(Antara kotak yang berisi pelbagai jenis mercun)

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM400,000.

Pihaknya berjaya mendapat perintah tahanan reman ke atas kedua-dua tangkapan berusia 29 dan 30 tahun itu selama empat hari sehingga 3 Oktober depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang diseru agar terus menyalurkannya kepada pihak polis dalam usaha membanteras jenayah dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Media Baharu