fb fb fb fb fb

BAIDUNITA salur bantuan pek makanan dan wang tunai kepada golongan asnaf

MATA AYER, 4 April- Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Badan Amal Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Perlis (BAIDUNITA) menyalurkan bantuan pek makanan dan wang tunai kepada golongan asnaf di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

Program berkenaan dilaksanakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan mengikut kawasan dan bakal memberi manfaat kepada 750 penerima.

Menurut Exco Perlis yang juga ADUN Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya programĀ ini dilaksanakan saban tahun setiap kalinya bulan Ramadan dalam meringankan beban golongan memerlukan.

Setiap penerima bantuan dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar penerima yang benar-benar layak menerima sumbangan tidak tercicir dari bantuan disalurkan.

"Kita faham, ia takkan lah dapat membantu sampai sebulan bulan ramadan tapi pada peringkat awal menempuh ramadan, saya rasa ia akan dapat membantu sebab peruntukan yang diberi oleh pihak BAIDUNITA pun agak lumayan. Insya-Allah saya mendoakan supaya penerima-penerima ini akan dapat berbelanja mengikut keperluan," kata Siti Berenee pada Majlis Sumbangan Ramadan BAIDUNITA bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Mata Ayer yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat DUN Mata Ayer.


(Penerima bantuan hadir ke Majlis Sumbangan Ramadan BAIDUNITA bagi kawasan Dewan Undangan
Negeri Mata Ayer yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat DUN Mata Ayer)

Seramai 50 penerima terdiri daripada golongan asnaf sekitar Mata Ayer menerima sumbangan yang disampaikan BAIDUNITA berkenaan.

Media Baharu