fb fb fb fb fb

Bahtera Langkasuka dibangunkan di PSNCWU

ALOR SETAR, 6 Mac- Galeri Pameran Sains Kanak-Kanak Interaktif terbesar di Wilayah Utara Bahtera Langkasuka akan dibangunkan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU).

Galeri tersebut dijangka siap pada Oktober ini.

Menurut kenyataan Pengarah Pusat Sains Negara (PSN) Mismah Jimbun, galeri itu akan dibangunkan dengan keluasan 500 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga 100 pengunjung pada satu-satu masa.

Pameran itu bertemakan Maritim bagi membawa pengunjung menjelajah sains dalam laut.

Tambahnya, galeri itu dipersembahkan dengan persekitaran yang kondusif, reka bentuk yang menarik, interaktif dan secara terus bagi merangsang keseronokan belajar, menimbulkan minat dan perkembangan minda kanak-kanak.

Selain mengetengahkan bahan pameran interaktif, bermula daripada konsep perkembangan kognitif kanak-kanak sehingga bahan pameran yang berkonsepkan literasi digital, yang bersesuaian dengan perkembangan trend terkini.

(Foto fail)

Galeri Bahtera Langkasuka ini terbahagi kepada dua zon iaitu Laksamana Pintar untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dan Nakhoda Cilik untuk kanak-kanak berumur setahun hingga enam tahun.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup turut mengadakan lawatan kerja ke PSNCWU semalam, bagi memantau proses pembinaan dan pembangunan galeri pameran itu.

Pembukaan galeri itu dijangka bakal menarik pengunjung seramai 20,000 orang sekitar Wilayah Utara.

Media Baharu