KUALA LUMPUR, 5 Januari - Lima negeri mencatatkan bacaan paras air sungai melebihi tahap bahaya, melibatkan lapan sungai.
Ini termasuk Sabah, Melaka, Pahang, Selangor dan Johor berdasarkan pemantauan yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Kenyataan itu turut menyebut empat sungai berpotensi menunjukkan peningkatan.
Di PAHANG tiga sungai mencatat paras air melebihi tahap bahaya.
Dua daripadanya sedang meningkat iaitu Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan.
Di SELANGOR, Sungai Bernam di Rimba KDR, kini melebihi paras bahaya.
Di JOHOR, dua sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur.
Juga melibatkan Sungai Melaka di Batu Hampar dan Sungai Padas di Beaufort SABAH.